Monday, April 3, 2017

Aku Menyelam untuk Hidup

PENYAKIT PENYELAM
(NITROGEN NARCOSIS)

NITROGEN
1. Gas nitrogen adalah gas lengai yang biasanya menjadi sebahagian daripada udara mampat yang digunakan oleh penyelam SKUBA. 
2. Semasa di permukaan air nitrogen tiada peranan dalam tisu dan tidak mempunyai kesan sampingan (‘side effects’). 
3. Tetapi apabila tekanan separanya melebihi satu paras ketinggian nitrogen narkosis akan terjadi.

APA ITU NITROGEN NARCOSIS
-Nitrogen narkosis hanya akan terjadi pada paras kedalaman. 
-Ia menjadikan seseorang penyelam seolah-olah mabuk, dan boleh mengakibatkan maut jika serius.

SIFAT SIFAT NITROGEN NARCOSIS
• kemerosotan mental
– kurang upaya membuat keputusan
– kurang upaya menilai keadaan
– kurang upaya menumpu perhatian
– hilang ingatan
• perubahan emosi
– menjadi khayal,
– mempunyai keyakinan luar biasa,
– melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan diri tanpa kesedaran
– kurang kecekapan bekerja

KESAN BERMULA
• Nitrogen narkosis terjadi pada paras kedalaman 30-60 meter.  Pada 60 meter semua penyelam akan menunjukkan tanda-tanda narkosis.
• Tanda-tanda nitrogen narkosis tidak bertambah jika semakin lama penyelam berada pada sesuatu paras kedalaman.
• Nitrogen narkosis hilang dengan serta-merta apabila penyelam dinaikkan.

HAD KEDALAMAN BAGI UDARA MAMPAT
• Nitrogen narkosis menghadkan kedalaman yang boleh dicapai jika udara mampat digunakan. 
• Kedalaman yang melebihi had ini menjadi merbahaya.  Sekiranya selaman ke paras kedalaman yang melebihi 50 meter diperlukan, nitrogen mesti digantikan dengan gas lengai yang lain seperti Helium.

KEDALAMAN DAN KESANNYA

• 30m -Seakan-akan mabuk.  Kemampuan bekerja kurang.

• 40m -Kemerosotan ingatan dan kebolehan membuat keputusan. Reaksi perlahan.

• 50m -Khayal.  Keyakinan luar biasa.  Tidak dapat mengira dengan betul

• 50 – 60m -Mengantuk, khayal, tidak dapat menilai keadaan dengan tepat.

• 70m -Banyak bercakap, bergelak ketawa, pening.Tidak dapat membuat kerja dengan berfaedah. Tidak dapat berfikir dengan betul.

• 80m -Kekeliruan.  Tidak boleh menumpu perhatian pada sesuatu. Tindakbalas amat perlahan.Kelakuan dan pergerakan yang ganjil

• 90m-Bius, tidak sedar, kematian

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMUDAHKAN KEJADIAN NITROGEN NARKOSIS:
– Karbon dioksida terkumpul
– Kompresi yang cepat
– Lain-Lain:
• Arak
• Bekerja semasa menyelam
• Menyelam di dalam air (nitrogen narkosis tidak mudah terjadi semasa ‘chamber dive’)

Menyelamlah mengikut kadar had  keupayaan diri,kelayakan dan had ilmu anda.
Jangan melampaui batas.Jadikan aktiviti menyelam ini selamat dan mengembirakan.Ia menjadi merbahaya kerana kita sendiri yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Kejayaan setiap misi menyelam bukan diukur pada berapa dalam kita pergi,berapa banyak foto diambil,berapa lama berada didalam air atau berapa tugas Berjaya dilaksanakan.Tetapi selaman kita itu dikira berjaya bila kita naik kepermukaan dengan selamat dan pulang kepangkuan keluarga dalam keadaan sihat dan sejahtera serta gembira.

Diving is not a hobby..
It’s a survival skill

#It's a survival skill you now

No comments: